BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

PERLUNYA MANUSIA KEPADA TUHAN

Rintihan jiwa manusia yang keresahan dan ketakutan adalah jalan menuju tujuan hidup Tujuannya

Cabaran terbesar bagi seorang pendakwah adalah untuk mengajak manusia berfikir “perlukah mereka kepada Tuhan ?”,itulah sebesar-besar persoalan yang mesti diselesaikan sebelum wacana agama di ketengahkan.

Syeikh abu bakar Jabir al jaza’iri telah memulakan kitabnya bertajuk akidah al mukmin dengan topik”keperluan manusia kepada akidah”.persoalan manusia kepada akidah perlu diketengahkan dahulu sebelum aspek-aspek lain diketengahkan untuk perbahasan.

Namun sjauh mana pendakwah menghalusi keperluan menyelesaikan persoalan ini seperti mana yang ditunjukkan oleh syeikh abu bakar Jabir aljazairi ,sebelum dengan mudah kita berbahasa klise,”akidah itu penyelesaiannya?”

Inilah isu yang memaksa kita untuk meneliti persoalan –parsoalan asas tersebut kerana hakikat semasa bahawa manusia sudah terputus talian dengan Tuhan .jika pada era hidup yang serba susah kita menyuruh manusia beriman kepada Tuhan demi mencari kekuatan ia tentu tidak rumit.Tetapi dalam kehidupan manusia yang serba ada pada hari ini,bagaimanakan Tuhan dan akhirat masih relevan.

PENGALAMAN BERAGAMA

Pengalaman Rene Descarte(1596-1650) dalam usahanya membina asas kebenaran .Bersekolah di Jesuit school la fleche,beliau menghabiskan pengajian dengan soalan “apakah yang aku pelajari selama ini adalah benar?”

Alangkah segarnya diri untuk menghumban segala ilmu yang dikumpul atas segulung ijazah dan kemudiannya membina semula kepercayaan hasil pilihan bukan sumbatan warisan indoktrinasi yang melesukan dan merabunkan.

Lantas beliau mula mempertikaikan segala yang dipelajarinya selama ini,meragui segala-segalanya hingga akhirnyadescarte tiba kepada asas yang paling kukuh yang tidak mungkin ada sebarang keraguan iaitu hakikat diri.

Beliau tidak meragui diri kerana beliau dapat merasakan bahawa drinya adalah reality bukan ilusi.beliau dapa t memastikan dirinya realiti karana beliau melakukan sesuatu yang penting iaitu berfikir.lantas terpacul kata-katanya yang masyhur: Dubito,ergo cogito,ergo sum!(aku meragui,lantas ku berfikir,ku berfikir,lantas kutemui diri)

Itu cara descarte mancari kebenaran dirinya.Rasional sekali,memulakan kembara dengan mengenalpasti diri.berfikir lalu bertemu diri.

KENAL DIRI

Jalan membina kepercayaan harus terbina di atas usaha manusia mengenal diri.itulah asasnya agama kita mengajar

“sesiapa yang kenal akan dirinya,maka kenallah dia akan Tuhannya,”

KENAL TUHAN MELALUI JALAN KENAL DIRI

Inilah kuncinya untuk manusia kembali menjalin hubungan dengan Tuhan.Iaitu hasil keupayaan mengenal diri.soalnya ialah apakah aspek diri yang kita mahu dicari?

Manusia yang neneroka diri akan bertemu dengan satu reality iaitu setiap insane mempunyai kekuatan dan kelemahan.kekuatan dan kelemahan inilah yang perlu dikenal pasti untuk manusia meneroka dan mengenal diri.

Manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan memaksa diri umtuk mencari potensi diri.semuanya atas keyakinan bahawa manusia tidak dilahirkan dengan kebodohan sebaliknya manusia lahir dengan kepandaian berbeza-beza.

Tetapi manusia tidak akn dapat mengenal pasti kelebihan diri sekiranya dia hidup ala kadar dan fikir ala kadar.mengusahakn sesuatu secara bersungguh-sungguh akan mempercpatkan manusia menggunakan segala kekuatan dan kelebihan pada diri.setelah segala kekuatan diri dikenalpasti bertemulah dia dengan batasan dan kelemahan diri.

Itulah jalan saintis bertemu Tuhan .Baginya sains bukan sekadar penerokaan peluang tetapi ukuran terhadap batasan mutlak dikiri kanan.Batasan itu bukan berpunca daripada alam yang kelihatan,tetapi dari diri yang terlalu kerdil untuk menggarapnya.saintis menjadi manusia yang lemah dan terbatas di hadapan kesempurnaan system yang dibuktikan,kesempurnaan Tuhan.

KEKUATAN MENEMUKAN KELEMAHAN

Allah memberikan manusia kelebihan untuk kita berperanan dan Allah memberikan kita kelemahan untuk kita mencari Dia.Manusia tidak akan mampu kenyang sentiasa,sampai masa dia akan lapar dan kelaparan itu akan mendesaknya untuk mencari makanan.Hasil makanan kelaparan akan dapat diatasi sementara waktu.

Mnusia tidak akan mampu untuk segar setiap masa tanpa rasa letih dan mengantuk.Tanpa diajar-ajar keletihan dan mengantuk itu akan mendesak dirinya untuk mencari kerehatan.kerehatan itu memulihkannya kekuatannya seketika.

Itu kelemahan fizikal manusia.kelemahan tersebut memandu manusia mencari kekuatan untuk mengatasinya.kelemahan manusia dalam bentuk kelaparan mendesak manusia untuk mencari makanan,kelmahan manusia yangkeletihan dan mengantuk mendeak manusia untuk mencari kerehatan.

Kelemahan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya malahan pada jiwa dan emosi dan rohani.tanpa perlu diajar manusia yang ditindas dan dizalimi akan merintih jiwany mencari keadilan.rintihan jiwa manusia mencari keadilan dan itulah jalan untuk dia bertemu TuhanDisitu Allah memperkenalkan diri-Nya dengan sifat Allah yang maha adil (al adl)

Tanpa diajar manusa yan ditmpa keresahan dan ketakutan akan meritih jiwanya mencari keamanan dan keselamatan.rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan itu adala jalan untuknya bertemu Tuhan.Disinilah Alah memperkenalkan diri-Nya sebagai yang Maha Sejahtera(as salam) dan Yang Maha Mengamankan(al mu’min).Disitulah Allah memperkenalkan diri-Nya dengan 99 nama agar manusia dating kepada-Nya dengan tawaran kekuatan tatkala manusia dibelenggu kelemahan.

SOALNYA………

Manusia hanya berhajat kepada Tuhan apabila mengiktiraf kelemahan diri.kelemahan diri tidak akan tertonjol sekiranya jika manusia tidak bersungguh-sungguh mengoptimumkan upaya diri.kesungguhan itu tidak ada jika manusia malas dan acuh tidak acuh pada kehidupan.

Justeru jatuhlah hukuman yang paling berat di alam ini,ke atas jenayah paling binasa…apabila manusia hidup dalam sambil lewa dan malas berfikir.Malas itu dosa kerana menyekat manusia dalam kewajipan mengenal diri dan mengenal Tuhan.

Manusia ini menyangka dirinya Tuhan….

“tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri?dan dimenterai pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan penutup atas penglihatannya?maka siapakah lagi yang dapat member hidayah kepadanya sesudah Allah(menjadikan dia dalam keadaan demikian0?oleh itu mengapa kamu(wahai orang-orang yang ingkar)tidak ingat dan insaf?”(al jatsiyah:23)

Sedangkan pada hakikatnya dia lebih sesat dari binatang ternakan..

“dan sesumgguhnya kami menyediakan neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi)tidak mahu memahami dengannya,dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga(tetapi)tidakmahu mendengar dengannya;mereka itu seperti haiwan ternakan,bahkan mereka lebih sesatlagi;mereka itulah orang-orang yag lalai.”(al A’raf;179)

Kedua-dua ayat di atas mengaitkan manusia yang bertuhankan diri,serta hidup ala haiwan,yang berpunca daripada akal,mata,telinga dan hati yang tidak berfungsi.kedua-duanya berpuna daripada kengganan berfikir dan memerhatikankehidupan.

Diberi akal,matadan telingauntuk melihat dengan hati..tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa Dia.

Selayaknya manusia yang alpa dihukumTuhan kerana culas dan malas dalam mencari…

0 comments: